Sunday, August 24, 2014

Logo dan Tema Kemerdekaan Malaysia 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara apabila ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57
Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat
Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad


RASIONAL LOGO

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.
Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Sunday, May 18, 2014

                                         SELAMAT HARI GURU
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterap kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.

      Objektif Sambutan Hari Guru


  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi) pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
    Tema Hari Guru 2014 :" Guru : PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INOVASI"

Saturday, May 10, 2014


 PROGRAM MARI MEMBACA BERSAMA (10 MINIT ) 
Let's Read Together
 10/05/2014 (sabtu)
 


Thursday, February 13, 2014

SISTEM AUTOMASI DI PSS SK PELAGAT

2014 merupakan tahun kedua PSS SKP akan menggunakan sistem automasi dalam semua urusannya. Bagi tahun ini persiapan sedang giat dilakukan terutama penyediaan kad kepada murid.murid serta membuat pengemaskinian pada semua buku supaya dapat menggunakan sepenuhnya sistem tersebut

Pada masa ini jawatankuasa PSS sedang menguruskan segala keperluan untuk membolehkan  sistem berkenaan beroperasi dengan baik termasuk memberikan pendedahan kepada semua pengawas PSS terutamanya yang baru dilantik.


" Gemilang Terbilang "
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2014

Majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas PSS sekolah telah berlangsung baru-baru ini. Penyampaian watikah tersebut telah disempurnakan oleh tuan guru besar, Encik Izlan bin Ibrahim bertempat di Dewan Terbuka sekolah.

Seramai 38 orang pengawas telah menerima watikah tersebut. Pada majlis yang sama telah diumumkan Ketua Pengawas PSS sekolah serta beberapa jawatan utama di kalangan murid.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas PSS serta sesi bergambar bersama ahli jawatankuasa di kalangan guru dan pihak pentadbir sekolah.

"GEMILANG TERBILANG " 

Wednesday, February 5, 2014

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN PENGAWAS BUKU TEKS 2014